Saturday, February 26, 2011

HARI 4 - Tasik Chenderoh (Aktiviti Hari Ini)

Yehh,, aktiviti hari ini ialah!!! 'Camp Craft' gak... termasuk hari ni dah 2 hari camp craft.. masing2 tertanya bila nak aktiviti ni, bosan ye...X pe la..ape kan daya.. terpaksa la kami buat gak,. Hari ni kami kena tambah+tambah+tambah lagi kemudahan yang ada.. Kami berfikir dan terfikir lak nak buat rak kasut dan ampaian pakaian.. Kami pun buat la apa yg termampu...  Pada hari tu juga la berlaku lak ketegangan, 'water pump' tidak di jumpai dan kami dikehendaki mencarinya... Tapi apa yg dicari tidak dijumpai dah berlaku salah faham antara semua orang. Ketegangan antara Fasi dan peserta berlaku.. dan kecoh la keadaan pada masa tu.. Kami juga didenda dan terpaksa la reda je... Selepas tu Fasi menyuruh kami sambung balik kerja ..Alhamdulillah, siap jugak kerja kami.. hari itu juga berlalu dng pantas , tanpa disedari dah senja dah.. Kami buat persediaan makan malam dan menjalankan kewajipan kami.. Post moterm juga la malam tu tapi yg ni berbeza sebab bersama En. Hisyam.. Mungkin perasaan En. Hisyam pada masa tu x berapa baik.. kami pun didedahkan dng perjumpaan 'water pump' tu yg di jumpai di warung kawasan persinggahan kami..X tau la ape yg x kena.. Kami hanya mampu membela nasib kami dan terpaksa menerima nasib kami selepas di marah..Terus terlanjur la sampai pukul 4 lebih..Kami dilepaskan utk tidur dan  tidur la kami pukul 4 lebih tu..



HARI 3 - Di Tasik Chenderoh (Aktiviti Pertama)

Pagi tu selepas sarapan semua berkumpul megikut kumpulan masing2... Setiap kumpulan mengikut nama gunung dan di bawah nama Tasik. Kumpulan aku bernama Gunung Korbu di bawah Tasik Bera. Kami memulakan aktiviti pertama dng 'camp craft' di mana semua kumpulan terlibat.. tiada yg terkecuali.. Kami dikehendaki memperkemaskan kawasan perkhemahan dan membuat kemudahan yg lain... Kami membuat longkang kecil di sekitar Khemah Pusat dan khemah2 yg lain. Kami memperbaiki pemasangan lampu utk kegunaan waktu malam..    Hari tu kami hanya melakukan camp craft sehingga la senja menjelma dan kami bersedia di khemah pusat utk penerangan selanjutnya untuk hari berikutnya. Mlm tu kami wat post moterm bersama rakan2 utk menceritakan tentang hari itu dan di ikuti penerangan selanjutnya sehingga pukul 3 pagi lagi!!! Mengantuk tul,..  SAMBUNG KE HARI 4


Rakan ni sedang membersihkan kawasan perkhemahan

Proses pembersihan kawasan perkhemahan

Pembersihan khemah

HARI 2 - Bertolak ke Tasik Chenderoh

Tidur aku yang lena telah terganggu oleh panggilan sentry yg bertugas. Aku pergi menunaikan solat subuh bersama rakan2 dan menjadi IMAM. Pagi tu kami membuat persiapan terakhir sebelum bertolak ke Tasik Chenderoh. Sebelum tu kami sarapan dulu la.. Kami berkumpul dan membuat semakan terakhir..Lepas tu kami dibahagikan kpd b'brape kumpulan mengikut jumlah bas. Perjalanan ke Tasik Chenderoh bermula dng hati yg gembira. Beberape jam di dalam bas tlh membuatkan rakan2 terlena dng air liurnye meleleh..haha.. Nampak la kepenatan semua orang masa tu.. Semasa perjalanan, kami menghayati pemandangan hasil ciptaan Allah yang begitu indah.. Melihat gunung-ganang dan bukit-bukau yang begitu terpesona, kawasan hutan yg besar serta reaksi manusia yg teruja melihat kami serombolan bas melalui kawasan mereka.. Sambil itu kami turut di tayangkan movie tetapi movie tu leh lak ade unsur x senonoh, Masaallah, terus tutup movie tu... x sampai 5 minit pun.. Apa la nasib dah x de movie lain.. Menatap la keindahan semulajadi ... Kami berhenti di perhentian utk menjamu makan tengah hari.. Setelah selesai, kami sambung balik perjalanan .. Sedar tak sedar dah sampai kat Tasik Chenderoh... Kami semua pun berkumpul dan memulakan perjalanan dng berjalan kaki ke camp site yg terletak sejauh lebih 5 kilometer.. Penat oiiii.. Bawa beg yg besar dan barang2 ...PERGHH... memang penat.. Sampai je kt camp site, kami letak barang dan memulakan kerja membersih dan pemasangan khemah serta kerja yg lain... Malam tu ada penerangan dan lepas tu terus tido dlm pukul 3 pagi..ARGHH, mengantuk tul.. SAMBUNG KE HARI 3

Aktiviti Kayak di Tasik Shah Alam

Aktiviti ni di buat untuk belajar cara2 mengendalikan kayak semasa aktiviti kayak di Tasik Chenderoh. Sambil belajar aku juga dapat berseronok berkayak bersama rakan2. Masa tu x de la penat sangat sebab x de la jauh sangat aku berkayak. Sampai sana kite orang kena la wat capside. Belajar la cam ne nak wat capside sampai ade yg kayak dia penuh dng air. Klu yg cam tu kena la kite orang tolong gunakan cara 'X rescue'. Sape nak guna kayak jenis 'sit on top' tu best la,,, x de susah sangat. Aku juga belajar la kayaking strokes ( forward, reverse, stopping, draw dan lain2 la. Kite orang juga tahu la serba sedikit tentang kod rafting, kecemasan, bahaya.
En. Hisyam mengajar kami cara2 melakukan stroke

Masih lagi tentang stroke


Gelagat rakan2 ketika capside

Kegembiraan dapat dilihat pada riak wajah rakan2...haha

Seminggu Sebelum ke Tasik Chenderoh (Persediaan ke Tasik Chenderoh)

Minggu tu sibuk sikit, banyak kerja yang perlu disiapkan secepat mungkin. Rasa tertekan dah mula terasa kat diri aku ni. Kerja disiapkan satu demi satu dan turut dibantu oleh rakan2. Biro2 sibuk dengan tugas masing2 dan mula mengatur langkah membuat persiapan. Semakan setiap barangan yang akan dibawa mula dilakukan seperti khemah, groundsheet, barangan elektrik seperti lampu kalimantan serta lain2.. Kami buat ni untuk persediaan, takut la kalau ada yang rosak. Pemindahan barangan kami lakukan seperti pemindahan kayak, generator, denghi untuk dipindahkan ke Kolej Kenanga. Masa ni la yang penat sikit sebab nak angkut barang2 tu, tetapi nasib baik la rakan2 turut membantu bagi memudahkan kerja. Alhamdulillah, semua tugas dapat diselesaikan pada waktunya.