Tuesday, April 12, 2011

Abseiling - Praktikal


Setelah selesai kelas teori bersama En. Wan dan En. Hisyam, kami telah mengorak langkah untuk memulakan aktiviti abseiling secara praktikal. Kami semua berkumpul di menara Kejuruteraan di tingkat 11. Bersama barang2 yang akan digunakan, kami mengumpulkan barang2 tersebut di satu tempat dan mula menyediakan tempat serta peralatan yang akan digunakan terlebih dahulu. Setelah semua peralatan siap dipasang dibantu oleh En. Master yang lain, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana wakil setiap kumpulan akan bergilir2 turun ke tingkat bawah. Setiap orang perlu membuat simpulan bowline di pinggang mereka sebagai tujuan keselamatan. Selepas kami bersama berkumpul untuk memulakan aktiviti tersebut, kami bersama membaca doa bagi memberkati aktiviti kami serta di minta perlindungan sepanjang aktiviti tersebut.  Sebelum itu, kami juga telah diberikan masa untuk mencuba ikatan kami bersama En. Hisyam sebagai pengajar untuk membantu kami jika terdapat masalah. Selepas itu, seorang demi seorang mula turun dan setiap saat ketika menuruni bagunan tersebut, dapat dirasai perasaan khuatir, gementar, takut apabila melihat ketinggian bangunan tersebut. Tetapi tidak sampai 2 minit kami sudah sampai ke bawah dan perasaan lega yang setelah selesai menjalankan aktiviti tersebut

Abseiling - Teori Bersama En. Hisyam

Selepas kami menghadiri kelas teori bersama en. Wan, kami seterusnya telah menghadiri kelas teori bersama En. Hisyam. Kami telah diajar lebih mendalam tentang abseiling kerana aktiviti ini boleh melibatkan nyawa seseorang. Oleh itu, En. Hisyam telah menerangkan beberapa langkah2 keselamatan yang perlu diambil untuk mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini. Kami juga telah diterangkan dengan lebih terperinci tentang Abseiling dengan memaparkan slide show yang senang difahami. Berdasarkan kelas tersebut, kami dapat melihat situasi ketika aktiviti abseiling yang memerlukan kerjasama dan fokus terhadap keadaan sekeliling kita. Kami juga dapat belajar dengan lebih banyak tentang abseiling di mana segala kelengkapan memainkan peranan dalam setiap saat ketika aktiviti tersebut serta tumpuan perlu di tajamkan ketika rakan2 memulakan aktiviti tersebut. Disebabkan kami sudah mempelajari beberapa perkara yang perlu diambil tahu ketika kelas bersama en. Wan. Kelas ini menjadi begitu ringkas berdasarkan slide show yang ditunjukkan. Sekian 

Abseiling - Teori Bersama EN. WAN (RIDZWAN)

Selepas berakhir kem kami di Tasik Chenderoh, kami akan melakukan aktiviti Abseiling di mana aktiviti ini begitu mencabar mental serta fizikal. Abseiling merupakan aktiviti dimana peserta akan menuruni daripada bahagian yang tinggi untuk turun ke bawah. Selalunya mereka akan menggunakan tali untuk melakukan aktiviti ini. Mula2 kami telah mengikuti kelas teori bersama En. Ridzwan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kami tentang Abseiling serta mengajar kami cara2 melakukannya serta keselamatan yang perlu dipatuhi. Kami belajar cara untuk mengawal daya apabila tarikan gravity bumi akan menyebabkan kita turun ke bawah dengan laju. Oleh itu, kami belajar cara2 bagaimana untuk mengelakkan keadaan tersebut daripada berlaku. Kami juga belajar cara2 memakai barang2 keselamatan untuk menjamin keselamatan diri kami. Berikut adalah gambar daripada kelas yang telah kami ikuti :

Hari Peringatan Kem Outdoor Recreation

Selepas tamat kem Outdoor Recreation kami, kami banyak menghabiskan masa dengan berehat. Segala kenangan daripada kem tersebut masih lagi segar di ingatanku. Saat bersama rakan2 ketika suka duka merupakan saat yang sukar dilupakan kerana ia merupakan pengalaman yang sukar dicari. Kami banyak menghadapi cabaran bersama ketika melakukan aktiviti, ketika didenda para fasi, ketika berada dalam keadaan buntu untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Kami tetap bersama menjayakan apa yang kami mulakan untuk memastikan kem ini menjadi ingatan kami sama ada saat gembira, pilu, sedih, marah atau kesukaran. Selepas kem tersebut, kami masih lagi berhubung dengan rakan2 yang berada di UiTM Jengka, Shah Putra serta instedt. Banyak pengalaman yang kami perolehi daripada kem tersebut ketika kami dalam survival, jungle tracking, kayaking serta aktiviti yang lain. Saat ketika hari terakhir bagi kem tersebut merupakan saat yang paling gembira dan aku dapat melihat riak wajah serta celoteh rakan2 tentang perkara yang ingin mereka lakukan selepas kem tersebut. Saat tersebut merupakan saat yang sukar dilupakan kerana itulah saat yang dinantikan untuk kami mandi sepuas-puasnya, makan apa yang kami suka, buat apa yang kami mahu serta lain2. Sekian sahaja ulahan hati saya yang dapat saya kongsikan bersama rakan2 semua.

Hari Terakhir Untuk Kem Outdoor Recreation

Waaaaaaa….hari ini ialah hari terakhir bagi camp kami dimana kami akan melakukan tugasan terakhir iaitu membersihkan peralatan perkhemahan kami. Kami terpaksa melakukannya dengan cepat untuk mempercepatkan segala tugasan kami dan setelah selesai kami boleh pulang. Kami terpaksa mempercepatkan langkah apabila sudah pukul 11 dan kami dikehendaki menyelesaikan pada pukul 11.30 pagi. Akhirnya kami telah Berjaya menyelesaikan tugasan kami dan selepas itu kami membersihkan kawasan Kolej Kenanga untuk menjaga nama fakulti kami. Kami pun mengemas barang2 dan dikehendaki berkumpul untuk maklumat yang selanjutnya. Para Fasi dan lecturer semua telah mengucapkan tahniah kepada kami kerana telah Berjaya menghabiskan intro dan final camp kami dengan jayanya walaupun ada sesetengahnya yang tidak berpuas hati. Kami juga diberikan peluang untuk meniup wisel yang ada setelah selama 8 hari kami menyimpannya dan tidak menggunakannya kerana tiada kecemasan yang berlaku( Alhamdulillh). Bersam2 kami meniup wisel kami dan telah terjadi satu bunyi yang membingitkan yang menyakitkan telinga kami tetapi untuk melepaskan geram kami terhadap segala duka yang dihadapi kami dengan sepenuh tenaga telah Berjaya menghasilkan bunyi yang kuat serta nyilu. Arghh..lega hati setelah Berjaya melepaskan segala perasaan pada ketika itu. Akhirnya kami bersalaman dengan lecturer dan para fasi ketika ingin pulang dan bersama kami berjabat tangan dengan rakan2 untuk mengucapkan selamat tinggal. Akhirnya kami memulakan langkah pulang dengan perasaan lega setelah menghabiskan intro dan final camp kami ini. Alhamdulillah.

Malam Penutup di UiTM Shah Alam

Pada malam tersebut, kami dapat merehatkan diri daripada aktiviti yang menggunakan banyak tenagal. Kami juga berpeluang untuk menjamu BBQ kambing yang sedap jugak la ‘Shah berkata’. Kami menjamu dengan lahapnya kerana makanan yang diberikan di Tasik Chenderoh kurang mencukupi dan beras juga kelihatan banyak lebih. Kami juga dikehendaki membuat persembahan berdasarkan aktiviti kami di Tasik Chenderoh. Tasik kami iaitu Tasik Bera telah memenangi kategori Tasik terbaik dalam segi persembahan kumpulan. Kami sangat berbesar hati walaupun dalam kepenatan masih di rasai lagi, tetapi apakan daya kerana kami terpaksa melakukannya untuk kumpulan kami. Kami bersama rakan2 yang lain bergembira menceritakan pengalaman kami di sana berdasarkan suka duka kami di sana. Setelah selesai majlis penutup yang dirasmikan oleh dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, kami dikehendaki berehat untuk aktiviti pada pagi sabtu iaitu pembersihan peralatan perkhemahan. Kami pun merehatkan diri dan selepas selesai menjadi sentry pada pukul 2 pagi kami melelap mata untuk pagi sabtu berikutnya.

Keadaan Sebelum Pulang Ke UiTM Shah Alam

Tidak berapa lama kemudian, untuk mengelak kelewatan, para fasi telah membuat keputusan untuk melepaskan kami dan memberi kami masa untuk mempercepatkan proses pembersihan tapak perkhemahan. Kami dalam keadaan yang tidak berpuas hati dan stress terpaksa melakukan dengan cepat untuk mengelakkan masalah lain. Kami mengemas semua peralatan yang ada serta melakukan semakan terhadap setiap peralatan yang ada untuk memastikan tiada barang yang hilang. Selepas semua perkara sudah selesai, kami merehatkan badan untuk mengelakkan kelesuan kerana kami akan tinggal di UiTM Shah Alam untuk satu hari lagi. Kemudian kami berkumpul untuk mendengar maklumat selanjutnya daripada para fasi. Kami juga turut dipulangkan barang2 yang telah disimpan oleh para fasi untuk mengelakkan berlaku kehilangan atau salah faham. Kemudian, kami memunggah barang2 ke dalam lori yang telah disediakan untuk dihantar ke UiTM Shah Alam.Kemudian kami berkhemas dan berjalan kaki sejauh 3 km untuk sampai ke jalan raya di mana bas kami sedang menunggu. Kami terpaksa mengangkat barang2 kami walaupun terasa kepenatan berada di Tasik Chenderoh selama beberapa hari. Kami terpaksa melakukannya dengan cepat untuk sampai ke UiTM Shah Alam pada waktu yang ditetapkan. Kami terpaksa menunggu bas yang terakhir dimana kami merupakan kumpulan terakhir yang akan menunggu bas. Selepas 1 jam lebih menunggu bas akhirnya tibalah bas terakhir. Kami pun bergerak pulang ke UiTM Shah Alam untuk berehat dan sempena malam penutup kami akan mempersiapkan diri untuk majlis tersebut. Kami tiba di Shah Alam pada pukul 8.30 malam dan kami tidak sempat mempersiapkan diri untuk majlis penutup tersebut.