Tuesday, April 12, 2011

HARI 8 - Tasik Chenderoh (Kayaking Part 2)

Selepas kelas teori kayak, tibalah masanya untuk praktikal kayak yang menguji ketahanan mental dan fizikal kami. Sebelum memulakan kativiti tersebut kami dikehendaki memakai life jacket untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Serta untuk meningkatkan keyakinan diri kami, kami dikehendaki melakukan water confident untuk menguji tahap keyakinan kami ketika berada di dalam air. Selepas itu, kami dikehendaki memilih kayak masing2 dan melakukan rafting untuk menyeragamkan kumpulan kami. Selepas itu kami pun melakukan aktiviti kayak yang diketuai oleh seorang daripada kumpulan kami untuk memandu arah bagi kumpulan kayak kami. Kami berkayak sejauh yang telah ditetapkan iaitu melebihi 5 km. Aktiviti kayak ini memeang menguji tahap kecergasan mental dan fizikal kami kerana pada cuaca yang panas kami terpaksa mengerah tenaga untuk berkayak. Pada mental kami yang mengatakan kepenatan mula membuatkan diri kami semakin ‘tumbang’ dan tidak yakin untuk meneruskannya. Tetapi apabila melihat rakan2 mula maju sedikit demi sedikit ke hadapan telah membuat aku tercabar. Aku pun mencabar diriku untuk meneruskan perjalanan dan terus bergerak kehadapan sekali dengan penuh bersemangat. Selepas itu, kami pulang ke camp site dan berehat untuk sarapan malam. Kelihatan rakan2 yang kepenatan mula menguap dan mengantuk. Malam itu berjalan dengan cepat apabila kami sudah tidur dengan lenanya. Alhamdulillah



No comments:

Post a Comment