Sunday, April 3, 2011

HARI 7 - Tasik Chenderoh (Jungle Tracking)

Pagi ni hariku bermula seperti hari2 yang lepas di Tasik Chenderoh ini. Hari ini aq bermula dengan melakukan senaman Malaysia Cergas bersama semua rakan2. Selepas itu kami dibahagikan mengikut kumpulan yang telah di tetapkan untuk melakukan aktiviti yg telah diatur. Kami hari ini akan melakukan aktiviti Jungle Tracking yang memerlukan tenaga yang banyak berbanding aktiviti2 yang lain. Selepas sarapan pagi telah disediakan, kami pun mengulas perut kami sebelum melakukan aktiviti Jungle Tracking. Selepas semua persiapan telah disiapkan, kami memulakan perjalanan ke Gunung Mandi Angin. Pada awal perjalanan, kami tidak merasai lagi kepenatan yang telah diperkatakan oleh para fasi kami. Apabila sampai ke pertengahan jalan, mula menunjukkan kesan daripada pendakian tersebut. Mula terlihat seorang ahli kumpulan saya yang mula keletihan dan lesu. Kelihatan dia sudah tidak bermaya untuk meneruskan pendakian tersebut. Walaubagaimanapun, dia tetap berusaha untuk meneruskan pendakian dengan bantuan rakan2, kami telah berjaya sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Kami mengambil masa untuk berehat dengan secukupnya dan mengulas perut dengan sedikit makanan yang telah diberikan sebagai tenaga tambahan. Kami memulakan perjalanan menuruni gunung tersebut dan apabila sampai kebawah kami menunaikan solat zohor dan asar di surau yang ada. Kami pulang ke Camp Site dan merehatkan badan sambil melakukan kerja2 ringan. Kami mula membersihkan diri dan berehat di camp site sambil menunggu makan malam. Pada waktu malam kami dikehendaki melakukan post moterm bersama rakan2 dan selepas itu kami dibenarkan berehat.

No comments:

Post a Comment