Tuesday, April 12, 2011

Abseiling - Praktikal


Setelah selesai kelas teori bersama En. Wan dan En. Hisyam, kami telah mengorak langkah untuk memulakan aktiviti abseiling secara praktikal. Kami semua berkumpul di menara Kejuruteraan di tingkat 11. Bersama barang2 yang akan digunakan, kami mengumpulkan barang2 tersebut di satu tempat dan mula menyediakan tempat serta peralatan yang akan digunakan terlebih dahulu. Setelah semua peralatan siap dipasang dibantu oleh En. Master yang lain, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana wakil setiap kumpulan akan bergilir2 turun ke tingkat bawah. Setiap orang perlu membuat simpulan bowline di pinggang mereka sebagai tujuan keselamatan. Selepas kami bersama berkumpul untuk memulakan aktiviti tersebut, kami bersama membaca doa bagi memberkati aktiviti kami serta di minta perlindungan sepanjang aktiviti tersebut.  Sebelum itu, kami juga telah diberikan masa untuk mencuba ikatan kami bersama En. Hisyam sebagai pengajar untuk membantu kami jika terdapat masalah. Selepas itu, seorang demi seorang mula turun dan setiap saat ketika menuruni bagunan tersebut, dapat dirasai perasaan khuatir, gementar, takut apabila melihat ketinggian bangunan tersebut. Tetapi tidak sampai 2 minit kami sudah sampai ke bawah dan perasaan lega yang setelah selesai menjalankan aktiviti tersebut

Abseiling - Teori Bersama En. Hisyam

Selepas kami menghadiri kelas teori bersama en. Wan, kami seterusnya telah menghadiri kelas teori bersama En. Hisyam. Kami telah diajar lebih mendalam tentang abseiling kerana aktiviti ini boleh melibatkan nyawa seseorang. Oleh itu, En. Hisyam telah menerangkan beberapa langkah2 keselamatan yang perlu diambil untuk mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini. Kami juga telah diterangkan dengan lebih terperinci tentang Abseiling dengan memaparkan slide show yang senang difahami. Berdasarkan kelas tersebut, kami dapat melihat situasi ketika aktiviti abseiling yang memerlukan kerjasama dan fokus terhadap keadaan sekeliling kita. Kami juga dapat belajar dengan lebih banyak tentang abseiling di mana segala kelengkapan memainkan peranan dalam setiap saat ketika aktiviti tersebut serta tumpuan perlu di tajamkan ketika rakan2 memulakan aktiviti tersebut. Disebabkan kami sudah mempelajari beberapa perkara yang perlu diambil tahu ketika kelas bersama en. Wan. Kelas ini menjadi begitu ringkas berdasarkan slide show yang ditunjukkan. Sekian 

Abseiling - Teori Bersama EN. WAN (RIDZWAN)

Selepas berakhir kem kami di Tasik Chenderoh, kami akan melakukan aktiviti Abseiling di mana aktiviti ini begitu mencabar mental serta fizikal. Abseiling merupakan aktiviti dimana peserta akan menuruni daripada bahagian yang tinggi untuk turun ke bawah. Selalunya mereka akan menggunakan tali untuk melakukan aktiviti ini. Mula2 kami telah mengikuti kelas teori bersama En. Ridzwan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kami tentang Abseiling serta mengajar kami cara2 melakukannya serta keselamatan yang perlu dipatuhi. Kami belajar cara untuk mengawal daya apabila tarikan gravity bumi akan menyebabkan kita turun ke bawah dengan laju. Oleh itu, kami belajar cara2 bagaimana untuk mengelakkan keadaan tersebut daripada berlaku. Kami juga belajar cara2 memakai barang2 keselamatan untuk menjamin keselamatan diri kami. Berikut adalah gambar daripada kelas yang telah kami ikuti :

Hari Peringatan Kem Outdoor Recreation

Selepas tamat kem Outdoor Recreation kami, kami banyak menghabiskan masa dengan berehat. Segala kenangan daripada kem tersebut masih lagi segar di ingatanku. Saat bersama rakan2 ketika suka duka merupakan saat yang sukar dilupakan kerana ia merupakan pengalaman yang sukar dicari. Kami banyak menghadapi cabaran bersama ketika melakukan aktiviti, ketika didenda para fasi, ketika berada dalam keadaan buntu untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Kami tetap bersama menjayakan apa yang kami mulakan untuk memastikan kem ini menjadi ingatan kami sama ada saat gembira, pilu, sedih, marah atau kesukaran. Selepas kem tersebut, kami masih lagi berhubung dengan rakan2 yang berada di UiTM Jengka, Shah Putra serta instedt. Banyak pengalaman yang kami perolehi daripada kem tersebut ketika kami dalam survival, jungle tracking, kayaking serta aktiviti yang lain. Saat ketika hari terakhir bagi kem tersebut merupakan saat yang paling gembira dan aku dapat melihat riak wajah serta celoteh rakan2 tentang perkara yang ingin mereka lakukan selepas kem tersebut. Saat tersebut merupakan saat yang sukar dilupakan kerana itulah saat yang dinantikan untuk kami mandi sepuas-puasnya, makan apa yang kami suka, buat apa yang kami mahu serta lain2. Sekian sahaja ulahan hati saya yang dapat saya kongsikan bersama rakan2 semua.

Hari Terakhir Untuk Kem Outdoor Recreation

Waaaaaaa….hari ini ialah hari terakhir bagi camp kami dimana kami akan melakukan tugasan terakhir iaitu membersihkan peralatan perkhemahan kami. Kami terpaksa melakukannya dengan cepat untuk mempercepatkan segala tugasan kami dan setelah selesai kami boleh pulang. Kami terpaksa mempercepatkan langkah apabila sudah pukul 11 dan kami dikehendaki menyelesaikan pada pukul 11.30 pagi. Akhirnya kami telah Berjaya menyelesaikan tugasan kami dan selepas itu kami membersihkan kawasan Kolej Kenanga untuk menjaga nama fakulti kami. Kami pun mengemas barang2 dan dikehendaki berkumpul untuk maklumat yang selanjutnya. Para Fasi dan lecturer semua telah mengucapkan tahniah kepada kami kerana telah Berjaya menghabiskan intro dan final camp kami dengan jayanya walaupun ada sesetengahnya yang tidak berpuas hati. Kami juga diberikan peluang untuk meniup wisel yang ada setelah selama 8 hari kami menyimpannya dan tidak menggunakannya kerana tiada kecemasan yang berlaku( Alhamdulillh). Bersam2 kami meniup wisel kami dan telah terjadi satu bunyi yang membingitkan yang menyakitkan telinga kami tetapi untuk melepaskan geram kami terhadap segala duka yang dihadapi kami dengan sepenuh tenaga telah Berjaya menghasilkan bunyi yang kuat serta nyilu. Arghh..lega hati setelah Berjaya melepaskan segala perasaan pada ketika itu. Akhirnya kami bersalaman dengan lecturer dan para fasi ketika ingin pulang dan bersama kami berjabat tangan dengan rakan2 untuk mengucapkan selamat tinggal. Akhirnya kami memulakan langkah pulang dengan perasaan lega setelah menghabiskan intro dan final camp kami ini. Alhamdulillah.

Malam Penutup di UiTM Shah Alam

Pada malam tersebut, kami dapat merehatkan diri daripada aktiviti yang menggunakan banyak tenagal. Kami juga berpeluang untuk menjamu BBQ kambing yang sedap jugak la ‘Shah berkata’. Kami menjamu dengan lahapnya kerana makanan yang diberikan di Tasik Chenderoh kurang mencukupi dan beras juga kelihatan banyak lebih. Kami juga dikehendaki membuat persembahan berdasarkan aktiviti kami di Tasik Chenderoh. Tasik kami iaitu Tasik Bera telah memenangi kategori Tasik terbaik dalam segi persembahan kumpulan. Kami sangat berbesar hati walaupun dalam kepenatan masih di rasai lagi, tetapi apakan daya kerana kami terpaksa melakukannya untuk kumpulan kami. Kami bersama rakan2 yang lain bergembira menceritakan pengalaman kami di sana berdasarkan suka duka kami di sana. Setelah selesai majlis penutup yang dirasmikan oleh dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, kami dikehendaki berehat untuk aktiviti pada pagi sabtu iaitu pembersihan peralatan perkhemahan. Kami pun merehatkan diri dan selepas selesai menjadi sentry pada pukul 2 pagi kami melelap mata untuk pagi sabtu berikutnya.

Keadaan Sebelum Pulang Ke UiTM Shah Alam

Tidak berapa lama kemudian, untuk mengelak kelewatan, para fasi telah membuat keputusan untuk melepaskan kami dan memberi kami masa untuk mempercepatkan proses pembersihan tapak perkhemahan. Kami dalam keadaan yang tidak berpuas hati dan stress terpaksa melakukan dengan cepat untuk mengelakkan masalah lain. Kami mengemas semua peralatan yang ada serta melakukan semakan terhadap setiap peralatan yang ada untuk memastikan tiada barang yang hilang. Selepas semua perkara sudah selesai, kami merehatkan badan untuk mengelakkan kelesuan kerana kami akan tinggal di UiTM Shah Alam untuk satu hari lagi. Kemudian kami berkumpul untuk mendengar maklumat selanjutnya daripada para fasi. Kami juga turut dipulangkan barang2 yang telah disimpan oleh para fasi untuk mengelakkan berlaku kehilangan atau salah faham. Kemudian, kami memunggah barang2 ke dalam lori yang telah disediakan untuk dihantar ke UiTM Shah Alam.Kemudian kami berkhemas dan berjalan kaki sejauh 3 km untuk sampai ke jalan raya di mana bas kami sedang menunggu. Kami terpaksa mengangkat barang2 kami walaupun terasa kepenatan berada di Tasik Chenderoh selama beberapa hari. Kami terpaksa melakukannya dengan cepat untuk sampai ke UiTM Shah Alam pada waktu yang ditetapkan. Kami terpaksa menunggu bas yang terakhir dimana kami merupakan kumpulan terakhir yang akan menunggu bas. Selepas 1 jam lebih menunggu bas akhirnya tibalah bas terakhir. Kami pun bergerak pulang ke UiTM Shah Alam untuk berehat dan sempena malam penutup kami akan mempersiapkan diri untuk majlis tersebut. Kami tiba di Shah Alam pada pukul 8.30 malam dan kami tidak sempat mempersiapkan diri untuk majlis penutup tersebut. 

Bertolak Pulang ke UiTM Shah Alam

Tibalah hari yang dinanti2kan iaitu hari pulang ke UiTM Shah Alam. YeaH… Pada hari tersebut kami dikehendaki berkhemas untuk pulang.YeaH…. Kami cuba melakukan apa yang terdaya dan secepat mungkin dengan tenaga yang ada selepas bertungkus lumus selama lapan hari disana. Tetapi tetap ada yang tidak berpuas hati dengan prestasi kami. Fasi memanggil kami dan menghukum kami selepas melihat hasil kerja kami yang tidak memuaskan hati mereka. Selepas itu, terdapat pula baju2 serta pakaian dalam yang telah menimbulkan kontroversi. Para fasi telah memaksa mereka yang pemilik pakaian tersebut untuk tampil kehadapan mengambil pakaian mereka. Rakan2 yang merupakan tuan pakaian tersebut pun tampil untuk mengambil baju dan seluar mereka TETAPI tiada yang tampil untuk mengambil pakaian dalam tersebut. Para Fasi telah menghukum kami kerana tiada siapa yang tampil untuk mengambil pakaian dalam yang berwarna kuning, pink dan merah. Fasi memaksa pemiliknya untuk tampil kehadapan untuk menuntut barangnya. PERHATIAN PARA FASI ‘kami tahu kami banyak melakukan kesalahan terhadap kamu semua, tetapi ini dah lebih. Cuba la fikir2kan kami ketika itu sedang mengemas jadi ada segelintir yang tidak sempat mengambil pakaian mereka. Jadi kenapa para fasi begitu taksub untuk mendedahkan identiti pemilik pakaian dalam tersebut. Kami juga mempunyai maruah yang perlu dijaga terutamanya apabila para fasi memaksa pemilik pakaian tersebut tampil ke hadapan. Tidakkah terdetik di hati para fasi tentang perasaan orang tersebut. TIDAKKAN Para Fasi memikirkan cara lain seperti meminta pemilik pakaian tersebut mengambil pakaian mereka di tempat yang tertutup untuk menjaga maruah orang tersebut.

HARI 8 - Tasik Chenderoh (Kayaking Part 2)

Selepas kelas teori kayak, tibalah masanya untuk praktikal kayak yang menguji ketahanan mental dan fizikal kami. Sebelum memulakan kativiti tersebut kami dikehendaki memakai life jacket untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Serta untuk meningkatkan keyakinan diri kami, kami dikehendaki melakukan water confident untuk menguji tahap keyakinan kami ketika berada di dalam air. Selepas itu, kami dikehendaki memilih kayak masing2 dan melakukan rafting untuk menyeragamkan kumpulan kami. Selepas itu kami pun melakukan aktiviti kayak yang diketuai oleh seorang daripada kumpulan kami untuk memandu arah bagi kumpulan kayak kami. Kami berkayak sejauh yang telah ditetapkan iaitu melebihi 5 km. Aktiviti kayak ini memeang menguji tahap kecergasan mental dan fizikal kami kerana pada cuaca yang panas kami terpaksa mengerah tenaga untuk berkayak. Pada mental kami yang mengatakan kepenatan mula membuatkan diri kami semakin ‘tumbang’ dan tidak yakin untuk meneruskannya. Tetapi apabila melihat rakan2 mula maju sedikit demi sedikit ke hadapan telah membuat aku tercabar. Aku pun mencabar diriku untuk meneruskan perjalanan dan terus bergerak kehadapan sekali dengan penuh bersemangat. Selepas itu, kami pulang ke camp site dan berehat untuk sarapan malam. Kelihatan rakan2 yang kepenatan mula menguap dan mengantuk. Malam itu berjalan dengan cepat apabila kami sudah tidur dengan lenanya. Alhamdulillah



Sunday, April 3, 2011

HARI 8 - Tasik Chenderoh (Kayaking Part 1)

Hari berikutnya, kami melakukan aktiviti yang dinantikan oleh rakan2 iaitu aktiviti air yang dapat menyejukkan badan. Pada hari itu seperti biasa kami akan melakaukan senaman pagi iaitu Malaysia Cergas. Selepas itu kami menjamu sarapan pagi dan kami diberikan beberape2 penerangan tengtang aktiviti kayak yang akan dilakukan oleh kumpulan kami iaitu Tasik Bera. Kami dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan penerangan di dalam Camp Craft tersebut. Kami diajarkan teknik yang betul untuk berkayak dan beberapa cara untuk menjaga keselamatan diri sendiri ketika berada di atas tasik tersebut. Kami dikehendaki menunjukkan cara yang betul untuk memastikan bahawa kami dapat berkayak dengan cara yang betul dan selamat. Berikut adalah gambar2 ketika kami berlatih cara2 berkayak.

HARI 7 - Tasik Chenderoh (Jungle Tracking)

Pagi ni hariku bermula seperti hari2 yang lepas di Tasik Chenderoh ini. Hari ini aq bermula dengan melakukan senaman Malaysia Cergas bersama semua rakan2. Selepas itu kami dibahagikan mengikut kumpulan yang telah di tetapkan untuk melakukan aktiviti yg telah diatur. Kami hari ini akan melakukan aktiviti Jungle Tracking yang memerlukan tenaga yang banyak berbanding aktiviti2 yang lain. Selepas sarapan pagi telah disediakan, kami pun mengulas perut kami sebelum melakukan aktiviti Jungle Tracking. Selepas semua persiapan telah disiapkan, kami memulakan perjalanan ke Gunung Mandi Angin. Pada awal perjalanan, kami tidak merasai lagi kepenatan yang telah diperkatakan oleh para fasi kami. Apabila sampai ke pertengahan jalan, mula menunjukkan kesan daripada pendakian tersebut. Mula terlihat seorang ahli kumpulan saya yang mula keletihan dan lesu. Kelihatan dia sudah tidak bermaya untuk meneruskan pendakian tersebut. Walaubagaimanapun, dia tetap berusaha untuk meneruskan pendakian dengan bantuan rakan2, kami telah berjaya sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Kami mengambil masa untuk berehat dengan secukupnya dan mengulas perut dengan sedikit makanan yang telah diberikan sebagai tenaga tambahan. Kami memulakan perjalanan menuruni gunung tersebut dan apabila sampai kebawah kami menunaikan solat zohor dan asar di surau yang ada. Kami pulang ke Camp Site dan merehatkan badan sambil melakukan kerja2 ringan. Kami mula membersihkan diri dan berehat di camp site sambil menunggu makan malam. Pada waktu malam kami dikehendaki melakukan post moterm bersama rakan2 dan selepas itu kami dibenarkan berehat.

Saturday, March 12, 2011

HARI 6 - Tasik Chenderoh (Camp Craft)

Eikk!! dah pagi dah.. aku bertanya kpada diriku sambil melihat rakan2 ku mulai bangun seorang demi seorang.. Kami masih lagi dalam survival cuma ini hari terakhir la kami kt sini... Kami didatangi oleh seorang fasi yg menyuruh kami mengemas camp site seperti keadaan natural dan kami dikehendaki berkumpul di kawasan yg ditetapkan... Kami mula mengorak langkah dan berkemas ke lokasi yg diberitahu.. Kami mendapati kumpula lain terut bersama berkumpul.. Kami di beritahu tentang kativiti berikut iaitu orieentering... Kami diberikan kelengkapan dan diberi masa 15 minit untuk bertindak.. Kami pun bersama2 mula memilih lokasi yg sesuai utk kami menanda dan selepas selesai kami pun berkumpul balik... Selepas semua kumpulan selesai menanda, kami di berikan informasi tentang kumpulan yg kami akan mencari penanda mereka... Kami semua pun memulakan langkah mencari penanda mereka dng secepat yg mungkin dan tidak sampai 5 minit kami telah berjaya menyelesaikan tugas dan mendapat tempat kedua.. Kemudian, kami pun menceritakan pengalaman kami ketika dalam survival kepada fasi sambil menunggu deghi yg akan mengambil kami pulang.. Slepas selesai, kami pun pulang ke camp site utama dan menjamu selera bersama rakan2.. Tidak la selepas itu, kami dikehendaki mengemas camp site kami seperti aktiviti camp craft sehingga ke petang.. Kami membersihkan diri dan mula berkumpul di kheamh pusat utk menunaikan solat berjemaah dan mendengar penerangan yg diberikan... Kami juga membuat post moterm sehingga la ke pkul 3.30 pagi.. Kami pun melelapkan mata pada pukul 4 pagi dng lenanya....

HARI 5 - Tasik Chenderoh (Survival)

Weoi.!!! bangun!!2       Aku dikejutkan oleh sentry yg bertugas pda hari tu pada pkul 5 pagi... 'baru sejam je melelapkan mata'   Badan ku terasa sengal dan mataku dah mula tertutup sedikit demi sedikit..  Tetapi apa kan daya, kami insan biasa yg terpaksa mengikut arahan insan yg 'berbisa'.. Kami menunaikan solat subuh dah bersedia utk penerangan tentang aktiviti hari ini.. Selepas itu kami melakukan aktiviti Malaysia Cergas sebagai senaman pagi.. Kami pun menjamu sarapan pagi yg disediakan slps tamat aktiviti tersebut.. Seperti biasa kami melakukan camp craft sehingga tengah hari.. Kemudian kumpulan kami mewakili tasik iaitu tasik bera dipanggil untuk melakukan aktivit survival.. Kami menyediakn segala kelengkapan dan mengikut kumpulan gunung, kami dihantar ke lokasi yg ditetapkan..Kami dberikan air sebanyak 2 botol, 3 batang, leboh kurang segengam tangan... Kami dikehendaki membina kawasan camp site yg selamat dan menyalakan api sebagai keselamatan kami utk bermalam di sana.. Kami cuba menyalakan api dng percubaan pertama kami gagal api keadaan apabila mancis tersebut terpadam.. Cubaan kedua, kami berjaya menyalakan api tetapi daun2 yg lembat menyukarkan api tersebut utk membakar daun sehinnga mancis tersebut padam.. ARGHH..!!! bengang tul masa tu.. Cubaan ketiga kami terhalang apabila mancis yg disediakan TIDAK mengikuti rupa mancis .. Belerang ye hanya sebelah dan sikit serta batang ye begitu HALUS!!! cubaan menyala lansung tidak berjaya apabila dng cubaan pertama belerang ye dan hilang.. Kami terpaksa duduk dalam kegelapan menanti bantuan tiba..  Akhirnya dtg la beberapa org fasi yg membantu kami dng memberi fire starter dng sekali cubaan... Kami bersama2 telah berjaya menyalakan api dan kekal sehingga pagi.. Rakan2 sangat tekun menjaga api sehingga pagi berjaya mengawal keadaan.. Kami mengharungi malam itu diselubungi pelbagai perasaan... Hari itu berlalu sehingga pagi esok ye..

Saturday, February 26, 2011

HARI 4 - Tasik Chenderoh (Aktiviti Hari Ini)

Yehh,, aktiviti hari ini ialah!!! 'Camp Craft' gak... termasuk hari ni dah 2 hari camp craft.. masing2 tertanya bila nak aktiviti ni, bosan ye...X pe la..ape kan daya.. terpaksa la kami buat gak,. Hari ni kami kena tambah+tambah+tambah lagi kemudahan yang ada.. Kami berfikir dan terfikir lak nak buat rak kasut dan ampaian pakaian.. Kami pun buat la apa yg termampu...  Pada hari tu juga la berlaku lak ketegangan, 'water pump' tidak di jumpai dan kami dikehendaki mencarinya... Tapi apa yg dicari tidak dijumpai dah berlaku salah faham antara semua orang. Ketegangan antara Fasi dan peserta berlaku.. dan kecoh la keadaan pada masa tu.. Kami juga didenda dan terpaksa la reda je... Selepas tu Fasi menyuruh kami sambung balik kerja ..Alhamdulillah, siap jugak kerja kami.. hari itu juga berlalu dng pantas , tanpa disedari dah senja dah.. Kami buat persediaan makan malam dan menjalankan kewajipan kami.. Post moterm juga la malam tu tapi yg ni berbeza sebab bersama En. Hisyam.. Mungkin perasaan En. Hisyam pada masa tu x berapa baik.. kami pun didedahkan dng perjumpaan 'water pump' tu yg di jumpai di warung kawasan persinggahan kami..X tau la ape yg x kena.. Kami hanya mampu membela nasib kami dan terpaksa menerima nasib kami selepas di marah..Terus terlanjur la sampai pukul 4 lebih..Kami dilepaskan utk tidur dan  tidur la kami pukul 4 lebih tu..



HARI 3 - Di Tasik Chenderoh (Aktiviti Pertama)

Pagi tu selepas sarapan semua berkumpul megikut kumpulan masing2... Setiap kumpulan mengikut nama gunung dan di bawah nama Tasik. Kumpulan aku bernama Gunung Korbu di bawah Tasik Bera. Kami memulakan aktiviti pertama dng 'camp craft' di mana semua kumpulan terlibat.. tiada yg terkecuali.. Kami dikehendaki memperkemaskan kawasan perkhemahan dan membuat kemudahan yg lain... Kami membuat longkang kecil di sekitar Khemah Pusat dan khemah2 yg lain. Kami memperbaiki pemasangan lampu utk kegunaan waktu malam..    Hari tu kami hanya melakukan camp craft sehingga la senja menjelma dan kami bersedia di khemah pusat utk penerangan selanjutnya untuk hari berikutnya. Mlm tu kami wat post moterm bersama rakan2 utk menceritakan tentang hari itu dan di ikuti penerangan selanjutnya sehingga pukul 3 pagi lagi!!! Mengantuk tul,..  SAMBUNG KE HARI 4


Rakan ni sedang membersihkan kawasan perkhemahan

Proses pembersihan kawasan perkhemahan

Pembersihan khemah

HARI 2 - Bertolak ke Tasik Chenderoh

Tidur aku yang lena telah terganggu oleh panggilan sentry yg bertugas. Aku pergi menunaikan solat subuh bersama rakan2 dan menjadi IMAM. Pagi tu kami membuat persiapan terakhir sebelum bertolak ke Tasik Chenderoh. Sebelum tu kami sarapan dulu la.. Kami berkumpul dan membuat semakan terakhir..Lepas tu kami dibahagikan kpd b'brape kumpulan mengikut jumlah bas. Perjalanan ke Tasik Chenderoh bermula dng hati yg gembira. Beberape jam di dalam bas tlh membuatkan rakan2 terlena dng air liurnye meleleh..haha.. Nampak la kepenatan semua orang masa tu.. Semasa perjalanan, kami menghayati pemandangan hasil ciptaan Allah yang begitu indah.. Melihat gunung-ganang dan bukit-bukau yang begitu terpesona, kawasan hutan yg besar serta reaksi manusia yg teruja melihat kami serombolan bas melalui kawasan mereka.. Sambil itu kami turut di tayangkan movie tetapi movie tu leh lak ade unsur x senonoh, Masaallah, terus tutup movie tu... x sampai 5 minit pun.. Apa la nasib dah x de movie lain.. Menatap la keindahan semulajadi ... Kami berhenti di perhentian utk menjamu makan tengah hari.. Setelah selesai, kami sambung balik perjalanan .. Sedar tak sedar dah sampai kat Tasik Chenderoh... Kami semua pun berkumpul dan memulakan perjalanan dng berjalan kaki ke camp site yg terletak sejauh lebih 5 kilometer.. Penat oiiii.. Bawa beg yg besar dan barang2 ...PERGHH... memang penat.. Sampai je kt camp site, kami letak barang dan memulakan kerja membersih dan pemasangan khemah serta kerja yg lain... Malam tu ada penerangan dan lepas tu terus tido dlm pukul 3 pagi..ARGHH, mengantuk tul.. SAMBUNG KE HARI 3

Aktiviti Kayak di Tasik Shah Alam

Aktiviti ni di buat untuk belajar cara2 mengendalikan kayak semasa aktiviti kayak di Tasik Chenderoh. Sambil belajar aku juga dapat berseronok berkayak bersama rakan2. Masa tu x de la penat sangat sebab x de la jauh sangat aku berkayak. Sampai sana kite orang kena la wat capside. Belajar la cam ne nak wat capside sampai ade yg kayak dia penuh dng air. Klu yg cam tu kena la kite orang tolong gunakan cara 'X rescue'. Sape nak guna kayak jenis 'sit on top' tu best la,,, x de susah sangat. Aku juga belajar la kayaking strokes ( forward, reverse, stopping, draw dan lain2 la. Kite orang juga tahu la serba sedikit tentang kod rafting, kecemasan, bahaya.
En. Hisyam mengajar kami cara2 melakukan stroke

Masih lagi tentang stroke


Gelagat rakan2 ketika capside

Kegembiraan dapat dilihat pada riak wajah rakan2...haha

Seminggu Sebelum ke Tasik Chenderoh (Persediaan ke Tasik Chenderoh)

Minggu tu sibuk sikit, banyak kerja yang perlu disiapkan secepat mungkin. Rasa tertekan dah mula terasa kat diri aku ni. Kerja disiapkan satu demi satu dan turut dibantu oleh rakan2. Biro2 sibuk dengan tugas masing2 dan mula mengatur langkah membuat persiapan. Semakan setiap barangan yang akan dibawa mula dilakukan seperti khemah, groundsheet, barangan elektrik seperti lampu kalimantan serta lain2.. Kami buat ni untuk persediaan, takut la kalau ada yang rosak. Pemindahan barangan kami lakukan seperti pemindahan kayak, generator, denghi untuk dipindahkan ke Kolej Kenanga. Masa ni la yang penat sikit sebab nak angkut barang2 tu, tetapi nasib baik la rakan2 turut membantu bagi memudahkan kerja. Alhamdulillah, semua tugas dapat diselesaikan pada waktunya.

Monday, January 17, 2011

CAMP CRAFT DAN CAMPING TENT

Hi semua, kali ini amir ingin menceritakan sedikit pengalaman yang telah dipelajari tentang camp craft dalam Outdoor Recreation. Camp craft merupakan tempat di mana semua peserta akan berkumpul ketika ingin menyampaikan maklumat atau taklimat. Camp craft juga turut menjadi tempat berkumpul ketika suatu perkhemahan nanti.Camp craft ini begitu penting supaya segala proses perkhemahan dapat berjalan dengan lancar dan teratur di mana peserta akan mengadakan perbincangan di camp craft selain tempat yang tidak sesuai ketika rekreasi.Selain belajar cara2 untuk mendirikan camp craft, amir juga telah belajar cara2 untuk memasang 'camping tent'. Berikut merupakan gambar2 semasa mendirikan camp craft dah camping tent bersama rakan2.





Monday, January 10, 2011

SIMPULAN TALI KAT KELAS OUTDOOR RECREATION..

Assalamualaikum semua, jumpa lagi la ye. Ni nak cerita la ape yang aku belajar hari ni. Hari aku ada la belajar beberapa cara2 melakukan simpulan tali. Mula2 susah gak la.. blur je.. Tapi selepas aku teliti dan dengan telitinya aku telah menghasilkan simpulan tali dengan telitinya..(hehe). Aku dengan budak2 yang lain pun sibuk la melakukan simpulan tali.Antara simpulan tali yang telah aku belajar hari ni ialah Reef Knot, Sheet Bend, Double Sheet Bend dan Bowline. Reef Knot, Sheet Bend dan Double Sheet Bend tu ok la gak.
Tapi sampai kt Bowline lak wat masalah. Kena la gune cara arnab nak wat simpulan Bowline ni sampai kena buat macam arnab berlari la konon ye. Arnab tu kena masuk lubang dulu, lepas tu lari belakang pokok dan masuk lubang balik, haha lawak lak masa nak buat simpulan tali tu, sampai member pun cakap "mir, arnab tu nak masuk lubang mane..?"Adoi, pening kepala aku. Tapi lepas tu baru la faham, bagus gak kan cara arnab tu..


Reef Knot
Sheet Bend
Double Sheet Bend

Bowline


Sunday, January 9, 2011

REKREASI KAT NE..??

Assalamualaikum semua,harap semua sihat selalu. Minggu ni merupakan minggu pertama bagi sem. kedua  SR 113.Pada minggu ini juga telah bermula subjek Outdoor Recreation. Oleh kerana kami akan mengikuti perkelahan ke destinasi yg masih tidak diketahui (dalam perbincangan) pada 29jan - 5 feb. Outdoor Recreation akan mengajar kami beberapa cara untuk 'survive' semasa perkelahan di sana. Perkara awal yg dibincangkan pada minggu ini ialah destinasi perkelahan. Antara destinasinya ialah Pulau Kapas. NI TENTANG PULAU KAPAS JE... LAIN2 TEMPAT NTI LA YE...

Pulau Kapas terletak hanya 6KM dari Jeti Merang dan mengambil masa 20minit dengan menggunakan bot laju. Pulau Kapas mempunyai air laut yang jernih dan udara yang menyegarkan serta menenangkan yang dapat memikat hati pengunjung. Antara kelebihan Pulau Kapas ialah mempunyai air laut yang jernih dan bersih. Kelebihan itu juga telah mendorong kepada segala pembiakan hidupan laut seperti ikan, sotong dan juga batu karang di Pulau tersebut. Pulau Kapas turut popular kerana mempunyai pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan seperti skuba, snorkeling, berkayak dan memancing. Aktiviti lain seperti jungle trekking juga turut mencabar fizikal setiap pengunjung.