Tuesday, April 12, 2011

Keadaan Sebelum Pulang Ke UiTM Shah Alam

Tidak berapa lama kemudian, untuk mengelak kelewatan, para fasi telah membuat keputusan untuk melepaskan kami dan memberi kami masa untuk mempercepatkan proses pembersihan tapak perkhemahan. Kami dalam keadaan yang tidak berpuas hati dan stress terpaksa melakukan dengan cepat untuk mengelakkan masalah lain. Kami mengemas semua peralatan yang ada serta melakukan semakan terhadap setiap peralatan yang ada untuk memastikan tiada barang yang hilang. Selepas semua perkara sudah selesai, kami merehatkan badan untuk mengelakkan kelesuan kerana kami akan tinggal di UiTM Shah Alam untuk satu hari lagi. Kemudian kami berkumpul untuk mendengar maklumat selanjutnya daripada para fasi. Kami juga turut dipulangkan barang2 yang telah disimpan oleh para fasi untuk mengelakkan berlaku kehilangan atau salah faham. Kemudian, kami memunggah barang2 ke dalam lori yang telah disediakan untuk dihantar ke UiTM Shah Alam.Kemudian kami berkhemas dan berjalan kaki sejauh 3 km untuk sampai ke jalan raya di mana bas kami sedang menunggu. Kami terpaksa mengangkat barang2 kami walaupun terasa kepenatan berada di Tasik Chenderoh selama beberapa hari. Kami terpaksa melakukannya dengan cepat untuk sampai ke UiTM Shah Alam pada waktu yang ditetapkan. Kami terpaksa menunggu bas yang terakhir dimana kami merupakan kumpulan terakhir yang akan menunggu bas. Selepas 1 jam lebih menunggu bas akhirnya tibalah bas terakhir. Kami pun bergerak pulang ke UiTM Shah Alam untuk berehat dan sempena malam penutup kami akan mempersiapkan diri untuk majlis tersebut. Kami tiba di Shah Alam pada pukul 8.30 malam dan kami tidak sempat mempersiapkan diri untuk majlis penutup tersebut. 

No comments:

Post a Comment