Tuesday, April 12, 2011

Bertolak Pulang ke UiTM Shah Alam

Tibalah hari yang dinanti2kan iaitu hari pulang ke UiTM Shah Alam. YeaH… Pada hari tersebut kami dikehendaki berkhemas untuk pulang.YeaH…. Kami cuba melakukan apa yang terdaya dan secepat mungkin dengan tenaga yang ada selepas bertungkus lumus selama lapan hari disana. Tetapi tetap ada yang tidak berpuas hati dengan prestasi kami. Fasi memanggil kami dan menghukum kami selepas melihat hasil kerja kami yang tidak memuaskan hati mereka. Selepas itu, terdapat pula baju2 serta pakaian dalam yang telah menimbulkan kontroversi. Para fasi telah memaksa mereka yang pemilik pakaian tersebut untuk tampil kehadapan mengambil pakaian mereka. Rakan2 yang merupakan tuan pakaian tersebut pun tampil untuk mengambil baju dan seluar mereka TETAPI tiada yang tampil untuk mengambil pakaian dalam tersebut. Para Fasi telah menghukum kami kerana tiada siapa yang tampil untuk mengambil pakaian dalam yang berwarna kuning, pink dan merah. Fasi memaksa pemiliknya untuk tampil kehadapan untuk menuntut barangnya. PERHATIAN PARA FASI ‘kami tahu kami banyak melakukan kesalahan terhadap kamu semua, tetapi ini dah lebih. Cuba la fikir2kan kami ketika itu sedang mengemas jadi ada segelintir yang tidak sempat mengambil pakaian mereka. Jadi kenapa para fasi begitu taksub untuk mendedahkan identiti pemilik pakaian dalam tersebut. Kami juga mempunyai maruah yang perlu dijaga terutamanya apabila para fasi memaksa pemilik pakaian tersebut tampil ke hadapan. Tidakkah terdetik di hati para fasi tentang perasaan orang tersebut. TIDAKKAN Para Fasi memikirkan cara lain seperti meminta pemilik pakaian tersebut mengambil pakaian mereka di tempat yang tertutup untuk menjaga maruah orang tersebut.

No comments:

Post a Comment