Sunday, April 3, 2011

HARI 8 - Tasik Chenderoh (Kayaking Part 1)

Hari berikutnya, kami melakukan aktiviti yang dinantikan oleh rakan2 iaitu aktiviti air yang dapat menyejukkan badan. Pada hari itu seperti biasa kami akan melakaukan senaman pagi iaitu Malaysia Cergas. Selepas itu kami menjamu sarapan pagi dan kami diberikan beberape2 penerangan tengtang aktiviti kayak yang akan dilakukan oleh kumpulan kami iaitu Tasik Bera. Kami dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan penerangan di dalam Camp Craft tersebut. Kami diajarkan teknik yang betul untuk berkayak dan beberapa cara untuk menjaga keselamatan diri sendiri ketika berada di atas tasik tersebut. Kami dikehendaki menunjukkan cara yang betul untuk memastikan bahawa kami dapat berkayak dengan cara yang betul dan selamat. Berikut adalah gambar2 ketika kami berlatih cara2 berkayak.

No comments:

Post a Comment