Sunday, January 9, 2011

REKREASI KAT NE..??

Assalamualaikum semua,harap semua sihat selalu. Minggu ni merupakan minggu pertama bagi sem. kedua  SR 113.Pada minggu ini juga telah bermula subjek Outdoor Recreation. Oleh kerana kami akan mengikuti perkelahan ke destinasi yg masih tidak diketahui (dalam perbincangan) pada 29jan - 5 feb. Outdoor Recreation akan mengajar kami beberapa cara untuk 'survive' semasa perkelahan di sana. Perkara awal yg dibincangkan pada minggu ini ialah destinasi perkelahan. Antara destinasinya ialah Pulau Kapas. NI TENTANG PULAU KAPAS JE... LAIN2 TEMPAT NTI LA YE...

Pulau Kapas terletak hanya 6KM dari Jeti Merang dan mengambil masa 20minit dengan menggunakan bot laju. Pulau Kapas mempunyai air laut yang jernih dan udara yang menyegarkan serta menenangkan yang dapat memikat hati pengunjung. Antara kelebihan Pulau Kapas ialah mempunyai air laut yang jernih dan bersih. Kelebihan itu juga telah mendorong kepada segala pembiakan hidupan laut seperti ikan, sotong dan juga batu karang di Pulau tersebut. Pulau Kapas turut popular kerana mempunyai pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan seperti skuba, snorkeling, berkayak dan memancing. Aktiviti lain seperti jungle trekking juga turut mencabar fizikal setiap pengunjung.                                                                                           








No comments:

Post a Comment