Tibalah hari yang dinanti2kan iaitu hari pulang ke UiTM Shah Alam. YeaH… Pada hari tersebut kami dikehendaki berkhemas untuk pulang.YeaH…. Kami cuba melakukan apa yang terdaya dan secepat mungkin dengan tenaga yang ada selepas bertungkus lumus selama lapan hari disana. Tetapi tetap ada yang tidak berpuas hati dengan prestasi kami. Fasi memanggil kami dan menghukum kami selepas melihat hasil kerja kami yang tidak memuaskan hati mereka. Selepas itu, terdapat pula baju2 serta pakaian dalam yang telah menimbulkan kontroversi. Para fasi telah memaksa mereka yang pemilik pakaian tersebut untuk tampil kehadapan mengambil pakaian mereka. Rakan2 yang merupakan tuan pakaian tersebut pun tampil untuk mengambil baju dan seluar mereka TETAPI tiada yang tampil untuk mengambil pakaian dalam tersebut. Para Fasi telah menghukum kami kerana tiada siapa yang tampil untuk mengambil pakaian dalam yang berwarna kuning, pink dan merah. Fasi memaksa pemiliknya untuk tampil kehadapan untuk menuntut barangnya. PERHATIAN PARA FASI ‘kami tahu kami banyak melakukan kesalahan terhadap kamu semua, tetapi ini dah lebih. Cuba la fikir2kan kami ketika itu sedang mengemas jadi ada segelintir yang tidak sempat mengambil pakaian mereka. Jadi kenapa para fasi begitu taksub untuk mendedahkan identiti pemilik pakaian dalam tersebut. Kami juga mempunyai maruah yang perlu dijaga terutamanya apabila para fasi memaksa pemilik pakaian tersebut tampil ke hadapan. Tidakkah terdetik di hati para fasi tentang perasaan orang tersebut. TIDAKKAN Para Fasi memikirkan cara lain seperti meminta pemilik pakaian tersebut mengambil pakaian mereka di tempat yang tertutup untuk menjaga maruah orang tersebut.
Tuesday, April 12, 2011
HARI 8 - Tasik Chenderoh (Kayaking Part 2)
Selepas kelas teori kayak, tibalah masanya untuk praktikal kayak yang menguji ketahanan mental dan fizikal kami. Sebelum memulakan kativiti tersebut kami dikehendaki memakai life jacket untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Serta untuk meningkatkan keyakinan diri kami, kami dikehendaki melakukan water confident untuk menguji tahap keyakinan kami ketika berada di dalam air. Selepas itu, kami dikehendaki memilih kayak masing2 dan melakukan rafting untuk menyeragamkan kumpulan kami. Selepas itu kami pun melakukan aktiviti kayak yang diketuai oleh seorang daripada kumpulan kami untuk memandu arah bagi kumpulan kayak kami. Kami berkayak sejauh yang telah ditetapkan iaitu melebihi 5 km. Aktiviti kayak ini memeang menguji tahap kecergasan mental dan fizikal kami kerana pada cuaca yang panas kami terpaksa mengerah tenaga untuk berkayak. Pada mental kami yang mengatakan kepenatan mula membuatkan diri kami semakin ‘tumbang’ dan tidak yakin untuk meneruskannya. Tetapi apabila melihat rakan2 mula maju sedikit demi sedikit ke hadapan telah membuat aku tercabar. Aku pun mencabar diriku untuk meneruskan perjalanan dan terus bergerak kehadapan sekali dengan penuh bersemangat. Selepas itu, kami pulang ke camp site dan berehat untuk sarapan malam. Kelihatan rakan2 yang kepenatan mula menguap dan mengantuk. Malam itu berjalan dengan cepat apabila kami sudah tidur dengan lenanya. Alhamdulillah
Sunday, April 3, 2011
HARI 8 - Tasik Chenderoh (Kayaking Part 1)
Hari berikutnya, kami melakukan aktiviti yang dinantikan oleh rakan2 iaitu aktiviti air yang dapat menyejukkan badan. Pada hari itu seperti biasa kami akan melakaukan senaman pagi iaitu Malaysia Cergas. Selepas itu kami menjamu sarapan pagi dan kami diberikan beberape2 penerangan tengtang aktiviti kayak yang akan dilakukan oleh kumpulan kami iaitu Tasik Bera. Kami dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan penerangan di dalam Camp Craft tersebut. Kami diajarkan teknik yang betul untuk berkayak dan beberapa cara untuk menjaga keselamatan diri sendiri ketika berada di atas tasik tersebut. Kami dikehendaki menunjukkan cara yang betul untuk memastikan bahawa kami dapat berkayak dengan cara yang betul dan selamat. Berikut adalah gambar2 ketika kami berlatih cara2 berkayak.
HARI 7 - Tasik Chenderoh (Jungle Tracking)
Pagi ni hariku bermula seperti hari2 yang lepas di Tasik Chenderoh ini. Hari ini aq bermula dengan melakukan senaman Malaysia Cergas bersama semua rakan2. Selepas itu kami dibahagikan mengikut kumpulan yang telah di tetapkan untuk melakukan aktiviti yg telah diatur. Kami hari ini akan melakukan aktiviti Jungle Tracking yang memerlukan tenaga yang banyak berbanding aktiviti2 yang lain. Selepas sarapan pagi telah disediakan, kami pun mengulas perut kami sebelum melakukan aktiviti Jungle Tracking. Selepas semua persiapan telah disiapkan, kami memulakan perjalanan ke Gunung Mandi Angin. Pada awal perjalanan, kami tidak merasai lagi kepenatan yang telah diperkatakan oleh para fasi kami. Apabila sampai ke pertengahan jalan, mula menunjukkan kesan daripada pendakian tersebut. Mula terlihat seorang ahli kumpulan saya yang mula keletihan dan lesu. Kelihatan dia sudah tidak bermaya untuk meneruskan pendakian tersebut. Walaubagaimanapun, dia tetap berusaha untuk meneruskan pendakian dengan bantuan rakan2, kami telah berjaya sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Kami mengambil masa untuk berehat dengan secukupnya dan mengulas perut dengan sedikit makanan yang telah diberikan sebagai tenaga tambahan. Kami memulakan perjalanan menuruni gunung tersebut dan apabila sampai kebawah kami menunaikan solat zohor dan asar di surau yang ada. Kami pulang ke Camp Site dan merehatkan badan sambil melakukan kerja2 ringan. Kami mula membersihkan diri dan berehat di camp site sambil menunggu makan malam. Pada waktu malam kami dikehendaki melakukan post moterm bersama rakan2 dan selepas itu kami dibenarkan berehat.
Saturday, March 12, 2011
HARI 6 - Tasik Chenderoh (Camp Craft)
Eikk!! dah pagi dah.. aku bertanya kpada diriku sambil melihat rakan2 ku mulai bangun seorang demi seorang.. Kami masih lagi dalam survival cuma ini hari terakhir la kami kt sini... Kami didatangi oleh seorang fasi yg menyuruh kami mengemas camp site seperti keadaan natural dan kami dikehendaki berkumpul di kawasan yg ditetapkan... Kami mula mengorak langkah dan berkemas ke lokasi yg diberitahu.. Kami mendapati kumpula lain terut bersama berkumpul.. Kami di beritahu tentang kativiti berikut iaitu orieentering... Kami diberikan kelengkapan dan diberi masa 15 minit untuk bertindak.. Kami pun bersama2 mula memilih lokasi yg sesuai utk kami menanda dan selepas selesai kami pun berkumpul balik... Selepas semua kumpulan selesai menanda, kami di berikan informasi tentang kumpulan yg kami akan mencari penanda mereka... Kami semua pun memulakan langkah mencari penanda mereka dng secepat yg mungkin dan tidak sampai 5 minit kami telah berjaya menyelesaikan tugas dan mendapat tempat kedua.. Kemudian, kami pun menceritakan pengalaman kami ketika dalam survival kepada fasi sambil menunggu deghi yg akan mengambil kami pulang.. Slepas selesai, kami pun pulang ke camp site utama dan menjamu selera bersama rakan2.. Tidak la selepas itu, kami dikehendaki mengemas camp site kami seperti aktiviti camp craft sehingga ke petang.. Kami membersihkan diri dan mula berkumpul di kheamh pusat utk menunaikan solat berjemaah dan mendengar penerangan yg diberikan... Kami juga membuat post moterm sehingga la ke pkul 3.30 pagi.. Kami pun melelapkan mata pada pukul 4 pagi dng lenanya....
HARI 5 - Tasik Chenderoh (Survival)
Weoi.!!! bangun!!2 Aku dikejutkan oleh sentry yg bertugas pda hari tu pada pkul 5 pagi... 'baru sejam je melelapkan mata' Badan ku terasa sengal dan mataku dah mula tertutup sedikit demi sedikit.. Tetapi apa kan daya, kami insan biasa yg terpaksa mengikut arahan insan yg 'berbisa'.. Kami menunaikan solat subuh dah bersedia utk penerangan tentang aktiviti hari ini.. Selepas itu kami melakukan aktiviti Malaysia Cergas sebagai senaman pagi.. Kami pun menjamu sarapan pagi yg disediakan slps tamat aktiviti tersebut.. Seperti biasa kami melakukan camp craft sehingga tengah hari.. Kemudian kumpulan kami mewakili tasik iaitu tasik bera dipanggil untuk melakukan aktivit survival.. Kami menyediakn segala kelengkapan dan mengikut kumpulan gunung, kami dihantar ke lokasi yg ditetapkan..Kami dberikan air sebanyak 2 botol, 3 batang, leboh kurang segengam tangan... Kami dikehendaki membina kawasan camp site yg selamat dan menyalakan api sebagai keselamatan kami utk bermalam di sana.. Kami cuba menyalakan api dng percubaan pertama kami gagal api keadaan apabila mancis tersebut terpadam.. Cubaan kedua, kami berjaya menyalakan api tetapi daun2 yg lembat menyukarkan api tersebut utk membakar daun sehinnga mancis tersebut padam.. ARGHH..!!! bengang tul masa tu.. Cubaan ketiga kami terhalang apabila mancis yg disediakan TIDAK mengikuti rupa mancis .. Belerang ye hanya sebelah dan sikit serta batang ye begitu HALUS!!! cubaan menyala lansung tidak berjaya apabila dng cubaan pertama belerang ye dan hilang.. Kami terpaksa duduk dalam kegelapan menanti bantuan tiba.. Akhirnya dtg la beberapa org fasi yg membantu kami dng memberi fire starter dng sekali cubaan... Kami bersama2 telah berjaya menyalakan api dan kekal sehingga pagi.. Rakan2 sangat tekun menjaga api sehingga pagi berjaya mengawal keadaan.. Kami mengharungi malam itu diselubungi pelbagai perasaan... Hari itu berlalu sehingga pagi esok ye..
Saturday, February 26, 2011
HARI 4 - Tasik Chenderoh (Aktiviti Hari Ini)
Yehh,, aktiviti hari ini ialah!!! 'Camp Craft' gak... termasuk hari ni dah 2 hari camp craft.. masing2 tertanya bila nak aktiviti ni, bosan ye...X pe la..ape kan daya.. terpaksa la kami buat gak,. Hari ni kami kena tambah+tambah+tambah lagi kemudahan yang ada.. Kami berfikir dan terfikir lak nak buat rak kasut dan ampaian pakaian.. Kami pun buat la apa yg termampu... Pada hari tu juga la berlaku lak ketegangan, 'water pump' tidak di jumpai dan kami dikehendaki mencarinya... Tapi apa yg dicari tidak dijumpai dah berlaku salah faham antara semua orang. Ketegangan antara Fasi dan peserta berlaku.. dan kecoh la keadaan pada masa tu.. Kami juga didenda dan terpaksa la reda je... Selepas tu Fasi menyuruh kami sambung balik kerja ..Alhamdulillah, siap jugak kerja kami.. hari itu juga berlalu dng pantas , tanpa disedari dah senja dah.. Kami buat persediaan makan malam dan menjalankan kewajipan kami.. Post moterm juga la malam tu tapi yg ni berbeza sebab bersama En. Hisyam.. Mungkin perasaan En. Hisyam pada masa tu x berapa baik.. kami pun didedahkan dng perjumpaan 'water pump' tu yg di jumpai di warung kawasan persinggahan kami..X tau la ape yg x kena.. Kami hanya mampu membela nasib kami dan terpaksa menerima nasib kami selepas di marah..Terus terlanjur la sampai pukul 4 lebih..Kami dilepaskan utk tidur dan tidur la kami pukul 4 lebih tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)